Jumaat, 12 Mac 2010 @ 9:19 PTG
Gurindam Dua Belas Raja Ali Haji.
Baca "Gurindam Fasal yang kelima Raja Ali Haji" di atas dengan teliti dan ceritakan pemahaman kamu terhadap teks ini.Dalam stanza pertama, ia memberitahu kita bahawa budi yang baik dan bahasa yang indah penting dalam memberi pandangan pertama terhadap seseorang. Kalau seseorang itu berkata perkataan kasar, ia boleh mengguris hati orang lain dan namanya akan tercemar apabila dia menggunakan bahasa lucah. Orang yang berbudi dan mempunyai bahasa yang santun ialah orang berbangsa; ikhlas dan bangga dengan bangsanya.
Dalam stanza kedua, orang berbahagia mempelajari dan meningkatkan diri mereka sendiri daripada suatu kesilapan yang dilakukan, seperti melakukan perkara yang tidak direstui ibu dan bapa. Perkara seperti inilah yang menguatkan mereka dalam kehidupan. Setiap cabaran mereka tempuhi, mereka menggunakan cerita sebegitu untuk memotivasikan diri mereka. Ia juga memberitahu kita bahawa kehidupan yang bahagia harus diusahakan dan kehidupan sebegitu tidak akan wujud jika kita tidak melakukan kesilapan. Secara umum, semua makhluk Tuhan tentunya telah membuat kesilapan. Langkah demi langkah, mereka dapat memperbaiki diri mereka dengan pelbagai pengalaman pahit atau manis yang diharungi.
Dalam stanza ketiga, kelakuan diri penting untuk orang bersifat mulia. Jika seseorang itu berkelakuan buruk ataupun sering melanggar peraturan, sifatnya tentu tidak mulia. Dalam kehidupan, kita harus beribadat kepada Tuhan. Cara kita bercakap juga merupakan ibadat kita kepada Tuhan. Definisi orang mulia ialah murah hati, suka tolong-menolong, taat kepada Tuhan dan selalu bersikap positif. Kelakuan seseorang tersebut akan menjejas sifat mulianya.
Dalam stanza keempat, orang yang berilmu tidak mudah jemu untuk mempelajari perkara yang baru. Bertanya amat bermanfaat kerana semua kemusykilan dan kemungkinan tersedia untuk dijawab. "Kenapa?" ialah satu-satunya soalan yang kita tidak patut gentar untuk diajukan. Seperti dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w, "Belajarlah hingga ke negara China". Ini bermakna kita patut melanjutkan pelajaran hingga ke liang lahat. Orang yang berilmu akan berasa ghairah untuk mempelajari perkara baru. Kita harus contohi kelakuan sebegini dan terus berusaha tekun dalam apa jua.
Dalam stanza kelima, orang yang berakal atau yang kisah tentang dunia dan akhirat akan melakukan perkara yang bermanfaat. Dalam dunia, kita dilahirkan untuk beribadat kepada Tuhan. Semua kelakuan yang dimulakan dengan basmalah merupakan ibadat, seperti tidur dan makan juga. Seseorang itu akan tekun mencari bekalan ilmu ataupun bekalan agami demi masa depannya, dan di akhirat.
Dalam stanza keenam, orang yang baik perangai punyai sekumpulan kawan yang baik juga. Walhal, orang yang buruk perangai berkumpul dengan sekumpulan kawan yang jahat. Jika seseorang itu mahu mengenal orang baru, dia patut melihat percampuran bersama para rakannya. Justeru, kawan-kawan yang kita bergaul bersama tentu akan mempengaruhi perangai atau kelakuan kita. Untuk seseorang berperangai baik, dia harus bercampur-campur dengan golongan yang peramah. Namun, ia juga tidak salah untuk berkawan dengan orang-orang yang tidak seberapa baik.
