Isnin, 3 Mei 2010 @ 8:11 PTG

Laksana wau melawan angin.

Mohon maaf jika tema tidak seberapa sesuai dengan pelajaran kita. HAHA :B
Berikut merupakan sajak pertama yang saya pernah tulis sendiri :D

Pelbagai cabaran yang ku harus harungi
Pelbagai masalah yang ku hadapi
Tapi aku harus tabah
Demi keagungan cinta kita

Wang diboros seperti sampah
Masa dibuang seperti emas
Tapi aku harus bekerja
Untuk mencari nafkah sekeluarga

Aku terpaksa menjual diriku
Aku tak ingin kita tidur
Di tikar mengkuang lusuh
Bertemankan pelita minyak tanah

Tapi akhirnya
Akan binasalah diriku
Laksana wau melawan angin
Kerana aku hanya sampah di mata Tuhan

Huraian: Pelacuran yang berlaku di kalangan perempuan Melayu Singapura selalunya terpaksa kerana ia terbukti cara terpantas untuk mendapatkan wang demi keperluan masing-masing. Mereka sedar ia salah di sisi undang-undang agama Islam tetapi kebanyakan menutup mata sebelah kerana mereka tiada pilihan lain. Namun, wang diterima haram. Pada pendapat saya, meminta sedekah atau bantuan daripada badan-badan tertentu di Singapura lebih baik daripada mencemarkan nama Islam bak kata pepatah, menconteng arang di muka. Pelacuran di antara orang melayu harus dicelah. Setapak demi setapak, mata semua akan terbuka melihat realiti, dan mereka akan berinsaf, insya Allah.

Label: