Isnin, 6 September 2010 @ 4:02 PG
nafsu terantai di tuntutan agama.
Salam.Dari bulan Februari hingga September, saya telah menaik turunkan 5 tugasan sahaja. Tidak boleh jadi ni. Jam menunjukkan 3 pagi. Tampaknya, saya sukar untuk tidur. Ingatkan nak menceriakan lagi blog ini kerana masih ada banyak masa lagi sebelum saya tidur, tetapi saya terlupa untuk membawa balik fail Sastera. Jadi... lain kali sahaja lah ya. Buat masa sekarang,

saya mahu berkongsi gambar ini dengan semua! Gambar ini dipetik sempena acara pembukaan Maybank di Geylang, dan kami disuruh untuk membuat persembahan Kompang, Gamelan serta Tarian Jumaat lalu, 3 September 2010. Kenangan indah sebegini tidak akan saya lupakan, kerana setiap persembahan membuat kami lebih dekat lagi. :D
Saya bersyukur kerana saya mempunyai teman-teman dan guru-guru yang telah mendorong saya dalam pelajaran serta kehidupan seharian. Tanpa mereka, saya merupakan serpihan-serpihan kaca yang tidak boleh digamkan semula. HAHAHAHAHAHA. K. Nampaknya saya telah mencengkam 'feeling' keheningan malam ah. Merepek nye k shh.
Secara keseluruhan, terima kasih, kepada semua yang TERLIBAT dalam hidup saya. :D
Semoga Tuhan mencucuri rahmatmu, dan memberi kamu rezeki yang berlimpahan. Amin.
Wassalam.
